Sunday, March 14, 2010

HIJRAHKAN DIRIMU..

Mengapa kita perlu berhijrah? Bertanya mengapa kita perlu berhijrah samalah seperti bertanya, mengapa kita perlu berubah? Sekurang-kurangnya ada dua sebab mengapa kita mesti berubah.

Sunnahtullah atau hukum alam (law of nature) menetapkan bahawa semua makhluk berubah. Yang tidak berubah hanya Allah SWT. Perubahan adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan.

Ada dua bentuk perubahan, ke arah yang lebih baik atau ke arah yang lebih buruk. Cerdik pandai mengungkapkan " Orang yang berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam. Orang yang terpedaya, orang yang hari ini sama seperti semalam. Dan orang yang celaka, ialah orang yang hari ini lebih buruk daripada semalam".....
- dipetik dari majalah solusi isu no.15-

No comments:

Post a Comment

Halaman yang anda minati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...